Ini Blog Gua ! hEdAyAt NyEr StOrY: Salam Ramadhan Kawan

Salam Ramadhan Kawan


Salam Ramadhan , masih belum terlambat bagi saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan , adakah kita sedar bahawa Ramadhan bakal meninggalkan kita ? sekarang 20 Ramadhan , kini kita berada dalam 10 hari yang terakhir . ingin di ingatkan bahawa janganlah kita jadi seorang yang rugi kerana mensiakan bulan yang penuh barakaah ini . Sama-samalah kita beramal ibadah demi mendapatkan kemuliaan dan keberkatan dariNya . Al akmalu binniah . setiap amalan itu mesti dengan niat . niatkan lah segala amalan kita kerana Allah . Sebak di hati sebenarnya bila ramadhan hampir di penghujungnya . Saya harapkan saya sudah pun melaksanakan dengan terbaik di bulan mulia ramadhan ini . Semoga Allah memberkati segala perjalananku . Insyaa Allah . setiap usaha di iringi dengan doa . 
Saya sudah lama tidak menulis . saya agak sibuk dengan kelas dan project2 saya . Alhamdulillah hari ini saya di berikan waktu untuk berkongsi cerita dengan semua . Minggu ni minggu ke 8 dalam jadual pembelajaran kami sebagai pelajar diploma uitm ,dan minggu ini adalah minggu terakhir kelas sebelum kami di berikan peluang untuk bercuti hari raya . Alhamdulillah saya sudah mendapatkan tiket saya untuk balik ke kampung halaman pada 1 ogos , hari khamis ini . Sebak dan sayu sangat ketika menulis ni . saya teramat rindukan bonda tersayang . semoga kesihatan bonda semakin membaik pulih . rindukan bonda yg selalu aktif melakukan kerja2 rumah . kini bonda tidak dapat berjalan seperti biasa . hampir setahun bonda berjalan menggunakan tongkat . Alhmdulillah banyak peningkatan kesihatan bonda . pada mulanya bonda hanya duduk di kerusi roda ,akhirnya bertongkat . Dalam beberapa bulan ini bonda boleh menapakkan kaki dan berjalan perlahan . itu adalah satu hadiah yg besar dari Allah. Alhamdulillah . saya sentiasa mendoakan agar bonda sihat seperti sedia kala . Insyaa Allah . Tiap malam saya akan menangis fikirkan bonda . tak sabar nak balik ke rumah untuk peluk cium bonda . Saya belum berkesempatan lagi berpuasa dengannya . sayu sangat hati bila melihat gambar bonda . Mak adik akan pulang , jangan sedih kita akan raya bersama semua . Tak sabar berkumpul dengan family . Insyaa Allah . Ini adalah  luahan hati yang terpendam di lubuk hati . keluarga adalah yang paling utama di dalam kehidupan saya . buruk baik , mereka adalah yang terbaik buat diriku . utamakan keluarga apatah lagi ibu bapa .
Saya juga ingin berkongsi sedikit perasaan sedih dan rindu saya akan kawan-kawan saya . wahai insan yang pernah bergelar kawan kepada saya , ketahuilah bahawa saya amat merindui kalian . percayalah saya akan menitiskan air mata buat kalian akan kerinduan ini . Salam Ramadhan buat semua teman sejati ku .

Seorang teman bila berjauhan dia akan menangis kerana rindu , dan bila dekat , dia akan menangis kerana takut berpisah . jika hari ini dia datang jangan biarkan ia berlalu pergi , dan jika esok ia bertandang , jangan harap ia kembali . sesungguhnya yang indah itu pertemuan yang manis itu kemesraan , yang pahit itu perpisahan . yang tinggal hanyalah KENANGAN . 
Pisahnya diri bukan selamanya kerana dunia kecil sebenarnya , pasti suatu hari nanti bersua kembali . Memori pasti menggulit mimpi .

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 kritikan panas:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen